KELANTAN, 17 November 2011. Yang setia PPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah membuat tinjauan ke Pulau – pulau yang dipercayai akan dilanda banjir sebagai langkah awal untuk bertindak jika ianya melanda Negeri ini. Dalam tinjauan itu rakaman telah dibuat oleh Wartawan TV 3 iatu En Arashy bin Azim dari Seri Pentas Kuala Lumpur. Antara Pulau-pulau yang ditinjau adalah Pulau Teluk Renjuna, Pulau Seratus, Pulau Tokang dan Pulau-pulau kecil lain. Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Kelantan, Ketua Balai Kota Bharu dan Pegawai Kejuteraan Negeri.






















