Tarikh : 1-2 Disember 2011
Tempat : MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur
KELANTAN, 2 Disember 2011. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, berjaya mengondol tempat Ketiga dalam KIK Peringkat Kebangsaan kali ke 22 yang di sertai oleh 16 pasukan yang mewakili negeri masing-masing. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan di wakili oleh Kumpulan Matahari daripada Balai Bomba dan Penyelamat
Kota Bharu yang di ketuai oleh TPgB Wan Hassan Wan idris ( Ketua Balai Kota Bharu ). Projek inovasi yang dihasilkan dinamakan ‘ C- GAR 11 ‘ memenangi wang tunai RM 2,000.00 serta sijil penyertaan. Sesungguhnya kemenangan ini merupakan sejarah bagi Negeri Kelantan sepanjang penyertaan selama 22 tahun.




















