Tarikh : 21 Ogos 2011 ( Ahad)
Masa : 4.45 Petang
Tempat : Hadapan Bangunan WismaGalas, JalanGua Musang – Lojing,
Gua Musang Kelantan.
Majlis pelancaran Ops Ronda Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, telah diadakan di Gua Musang Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Encik Abdul Aziz bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Ketua –ketua Bahagia, Ketua –ketua Balai,Pegawai Kanan Jabatan dan Ketua –ketua Jabatan Kerajaan dan swasta. Dalam majlis tersebut persembahan demonstrasi kemalangan jalan raya turut diadakan dan agensi terlibat adalah, JBPM Negeri Kelantan, Jabatan Polis , Jabatan Pertahanan Awam, Pasukan Bomba Sukarela Gua Musang, Pasukan Bomba Sukarela Bertam dan Hospital Gua Musang. YB Encik Abdul Aziz bin Yusof ADUN Galas memuji dan merakamkan tahniah kepada JBPM Negeri Kelantan kerana memilih Gua Musang sebagai lokasi Pelancaran Ops Ronda Raya tahun 2011 memandankan Gua Musang sebagai pintu masuk perantau ke Negeri Kelantan.






















