Tarikh: 1 November 2011 ( SELASA )
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu
Masa: 11.00 pagi
KELANTAN, 1 November 2011. Yang setia PPjB Azmi bin Osman telah menyampaikan maklumat Jabatan berkaitan persediaan banjir dan langkah-langkah terbaik kepada masyarakat untuk bertindak jika berlaku banjir di tempat mereka. Selain itu nasihat dan makluman berkaitan banjir turut disampaikan melalui wartawan TV Alhijrah, En Nik Mahadi yang hadir menemuramah YS Pengarah di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Negeri Kelantan. Makluman dan nasihat ini disiarkan di TV Alhijrah, jam 8.00 malam.
YS PPjB Azmi bin Osman menyampaikan maklumat berkenaan Banjir kepada wartawan TV Alhijrah En Nik Mahadi




















