KELANTAN, 6 September 2011. Yang setia PPjB Azmi bin Osman telah menyampaikan maklumat Jabatan berkaitan statistik OPS Ronda Raya bermula 23 Ogos hingga 6 September 2011 di Radio Kelantan FM. YS Pengarah juga telah menerangkan akibat daripada kebakaran telah meninggalkan impak yang besar kepada mangsa yang menghadapinya seperti kehilangan tempat tinggal,kehilangan pekerjaan,dan memberi kesan negetif kepada pembangunan setempat. Diakhir segmen pendengar diberi peluang menjawab soalan kuiz berkaitan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.





















