KELANTAN, 7 Januari 2012. Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan dan Pasukan Keselamatan Thailand bersama mencari mangsa lemas di Kg Tualang, Simpangan Pengkalan Kubur. Balai Bomba Pengkalan Kubur menerima panggilan jam 10.21 pagi mengenai mangsa lemas, Osman bin Ngoling ( 17 Tahun ) yang berasal Thailand dipercayai terjatuh ke sungai semasa menyeberangi sungai dengan menggunakan bot.. Pasukan Penyelamat Di Air JBPM Negeri Kelantan seramai 8 anggota yang diketuai oleh PBK II Ahmed Mazdan bin Jusoh berjaya menemuai mangsa jam 6.15 petang, di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tempat mangsa jatuh.


























