KELANTAN, 10 Disember 2011. Pasukan Penyelamat di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, disegani dan mendapat pujian dari penduduk Kg Pengkalan Korok Rantau Panjang. Kenyataan ini telah dizahirkan oleh bapa mangsa lemas En Mahmood bin Jusoh dalam Sinar Harian ( Ahad, 11 Disember 2011 ). Mangsa lemas, Mohd Zulhilmi bin Mahmood ( 29 Tahun ) yang berasal dari Banggol Kulim dipercayai terjatuh ke sungai Pengkalan Korok Rantau Panjang. Pasukan Penyelamat Di Air JBPM Negeri Kelantan yang diketuai oleh PgB Shahrin Yusmar bin Hj Mat Yusof berjaya menemuai mangsa jam 3 petang, di dasar sungai kira-kira 500 meter dari tempat mangsa jatuh. Dalam usaha mencari mangsa berkenaan YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan turut serta dalam operasi tersebut.
YS Pengarah bersama Pasukan Penyelamat Di Air JBPM Negeri Kelantan berusaha mencari mangsa lemas






















