KELANTAN 10 November 2011. Bertempat di Grand Riverview Hotel ( The View Lobby Lounge), majlis pembukaan Pusat Operasi Banjir telah disempurnakan oleh PPjB Azmi bin Osman , Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En Vincent Chua Pengurus Besar Grand Riverview Hotel, Kakitangan Hotel berkenaan dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan. En Vincent Chua sebagai Pengurus berkata pihak hotel akan menyediakan satu bilik gerakan dan penempatan bot untuk memudahkan JBPM Negeri Kelantan bertindak bila berlakunya banjir. Selain itu pihak hotel juga akan memberikan potongan harga sebanyak 70 % penginapan kepada mangsa banjir dan 30 % untuk sarapan.
YS PPjB Azmi bin Osman pula menyatakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan bersiap sedia untuk mengadapi banjir tahun 2011 berteraskan konsep 3K. Konsep pertama adalah KOMUNIKASI, kedua KEMAHIRAN ketiga KEBERANIAN. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan bersedia dengan peralatan terkini iaitu Kenderaan 92 buah, Bot 57 buah,Life jaket 921 unit, Peralatan Scuba 28 unit, Sistem perhubungan ( GIRN ) 192 unit, Jetski 6 buah, Anggota 551 pegawai untuk bertindak jika berlaku banjir. Pasukan EMRS 29 pegawai akan menempatkan pasukan EMRS di pusat-pusat pemindahan untuk memberi rawatan awal. Jabatan Bomba juga akan melaksanakan penyelamatan dimusim banjir berteraskan MKN – 20 dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.























