Tarikh : 12 November 2011
Tempat : Istana Balai Besar Kota Bharu.
Masa : 09.00 pagi
Kelantan 12 November 2011, YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Datin menghadiri majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Turut hadir majlis tersebut ialah PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PKPjB Yahaya bin Hj Madis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan isteri.






















