Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan bersiap sedia untuk mengadapi banjir tahun 2011 berteraskan konsep 3K. Konsep pertama adalah KOMUNIKASI, kedua KEMAHIRAN dan ketiga KEBERANIAN. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan bersedia dengan kenderaan 92 buah, bot 57 buah life jaket 921 unit, peralatan Scuba 28 unit, sistem perhubungan ( GIRN ) 192 unit dan anggota 551 untuk bertindak jika berlaku banjir. Jabatan Bomba juga akan melaksanakan penyelamatan dimusim banjir berteraskan MKN – 20 dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Jabatan Bomba juga akan menempatkan pasukan EMRS( 29 pegawai ) di pusat-pusat pemindahan untuk memberi rawatan awal. Walaupun JBPM Negeri Kelantan menumpukan kepada banjir tetapi membuat perancangan awal jika berlaku kebakaran di musim banjir. Langkah awal adalah menenpatkan peralatan memadam kebakaran diatas bot untuk bertindak jika ianya berlaku dimusim tengkujuh. Jabatan Bomba juga akan menggerakkan 16 Pegawai Kaunselor untuk memberi nasihat kepada mangsa banjir.


























