Tarikh: 26 November 2011
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Kelantan.
Masa: 5.00 petang hingga 9.00 Malam
Lebih 150 pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia Negeri Kelantan mengikuti Ceramah Integeriti Sempena Sambutan Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Surathmin bin Mat Yusof, Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas Negeri Kelantan. Ceramah dan program ini merupakan rutin tahunan jabatan. Ceramah kali ini bertajuk “ Integeriti Menurut Perseptif Islam ”. Dalam Majlis ini diadakan bacaan doa akhir dan awal tahun, bacaan yasin,tahlil dan solat hajat berjemaah.























