KELANTAN 15 November 2011. Bermula pada 13 November hingga 1 Disember 2011 seramai 895 calon yang berkelayakan menjalani ujian fizikal bagi pengambilan jawatan Pegawai Bomba tahun ini. Ujian Fizikal ini diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Kelantan. Pengambilan Penguasa Bomba Gred KB 41 seramai 257 calon dan Pegawai Bomba Gred KB 17 seramai 638 calon.
Jabatan Bomba telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Pegawai yang berpengalaman dan berwibawa dalam proses temuduga tersebut antaranya, Ketua Penguji Penguasa Bomba Ahmad Zaidi bin Safuan, En Muhamad Effizul bin Ramli ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ) dibantu oleh Penguasa Zahira binti Mohd Noor, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nazizol bin Hj Hajar Maydin dan 10 Pegawai Bomba dari Negeri Kelantan.
PROSES SEMASA
HARI TEMUDUGA
Calon-calonhendaklah mengisi surat akuan lepas tanggungan sebelum menjalankan sebarang ujian. Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal.
TINGGI
Tidak kurang dari 1.57m ( lelaki ) dan 1.53m ( wanita ) tanpa memakai sepatu.
BERAT BADAN
Tidak kurang dari 48 kg ( lelaki ) dan 46 kg ( wanita ) tanpa memakai
baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah.
BODY MASS INDEX
BMI = 19 –26 = Calon lantikan baru
BMI = 19 –29.9 = Calon lantikan KPSL
UKURAN DADA
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86 cm semasa menarik nafas tidak kurang dari 5cm. Wanita dikecualikan.
UJIAN PENGLIHATAN
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.
PENGECAMAN WARNA
Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan.
UJIAN PENDENGARAN
Ujian pendengaran yang ditetapkan.
UJIANMENGANGKAT BERAT
WANITA 46 KG ( PARAS PINGGANG) DAN LELAKI 54 KG ( PARAS BAHU )
UJIAN MENEGAKKAN TANGGA BOMBA ( 90? )
UJIAN MEMANJAT TALI ( 16.5 Meter )
UJIAN MENAIKI TANGGA























assalamualaikum…saya hendak tanya tentang pengecaman warna??adakah pengecaman faktor penting dan menyebabkan kegagalan dalam semua ujian yang lain walaupon semua ujian lain lulus???
Ya. semua aspek yang diuji perlu memenuhi ujian.
selepas ujian tersebut, mereka akan dipanggil untuk PAC. Soalannya, berapa lamakah PAC ini akan dijalankan dan apakah yang ujian-ujian dari segi fizikal yang akan diterapkan didalam PAC nanti?
Bagi KB17 tiada ujian PAC manakala bagi KB29 dan KB41 ada ujian PAC.
Ujian ini merangkumi Ujian UKJK, Larian 7 km (bagi lelaki dan wanita), Ujian Minda (IQ Test) dan Persembahan Kumpulan.
saya nk tanya,bila lagi intake bomba pada tahun ini??untuk wanita sahaja ada??
Tuan/ Puan,
Sila berhubung terus ke talian 03-8888 0036 sambungan Pn. Norhana atau Pn. Fareeza