OBJEKTIF DAN FUNGSI
MEMASTIKAN bahawa aspek-aspek Pencegahan Kebakaran difahami dan dilaksanakan dengan bersistematik dan berkesan.
Melaksanakan dasar-dasar polisi dan mengawasi perjalanan aktiviti Pencegahan diperingkat negeri.
Membuat semakan pelan untuk tujuan rekmendasi dan Sijil Kelayakkan Menduduki Bangunan
Melaksana dan merangka dasar-dasar serta garis panduan perlesenan dan amalan seragam
Merancang dan menentukan jadual pendidikan awam / seminar kepada kumpulan sasaran
Penganjuran Kempen Mencegah Kebakaran peringkat negeri
PIAGAM PELANGGAN
KOMITMEN KAMI ADALAH untuk menentukan setiap premis dilengkapi dengan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran untuk keselamatan nyawa dan hartabenda.
Semua pelan bangunan ( arkitektural, mekanikal serta elektrikal ) akan siap diproses tidak melebihi 30 hari dari permohonan diterima dengan syarat-syarat keperluan yang dikehendaki dipenuhi.
Semua surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan / Permit Beroperasi akan dikeluarkan tidak lebih 14 hari dari tarikh pemeriksaan dilaksanakan.
Semua Surat Sokongan Perlesenan akan dikeluarkan tidak lebih 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Kami menentukan anda mendapat khidmat maklumat berkaitan dengan Pencegahan dan Perlindungan Kebakaran secara cekap, tepat dan mesra.



















