Objektif & Fungsi Bahagian Latihan & PTM
OBJEKTIF :-
MELAHIRKAN pegawai yang bermutu tinggi dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran
MENINGKATKAN pengetahuan dan kemahiran dari segi melawan kebakaran
MENINGKATKAN pengetahuan pencegahan dan perlindungan kebakaran
FUNGSI :-
MERANCANG serta melaksanakan program latihan dalaman bagi kakitangan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
MERANCANG serta melaksanakan latihan, ceramah dan pameran kepada orang awam
serta pelanggan-pelanggan jabatan di peringkat Negeri Kelantan
MENGKOORDINASIKAN keperluan latihan bagi Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak
(Kelab 3K), Pembelajaran Awam Sekolah Rendah, Kadet Bomba, Bomba Sukarela dan
Pertubuhan Pasukan Keselamatan Kebakaran Bangunan serta kilang
Piagam Pelanggan Bahagian Latihan & PTM
KAMI KOMITED terhadap perjuangan bagi mempertingkatkan kecemerlangan ilmu kemahiran, sikap, nilai dan amalan yang positif pada diri pegawai bomba dan masyarakat dalam aspek kebombaan.
KAMI BERJANJI akan mengemukakan surat tawaran kursus luar/dalam negeri kepada calon-calon yang layak sekurang-kurangnya 10 jam selepas diterima daripada organisasi berkaitan.
KAMI BERJANJI akan memberi ceramah dan demonstrasi berdasarkan perakuan permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak pada masa yang telah ditetapkan.
KAMI BERJANJI bahawa proses latihan akan berterusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Bomba akan diberi perhatian selagi seseorang itu bergelar Pegawai Bomba.
KAMI AKAN MENYEDIAKAN bentuk kursus dan latihan yang berkualiti memenuhi ciri-ciri ISO 9001:2000



















