- Perkhidmatan Pengurusan Personel, hal ehwal pentadbiran jabatan dan kewangan yang cekap, terancang dan sistematik bagi membantu jabatan mencapai kecemerlangan organisasi bertaraf dunia.
- Mengurus dan menyelenggara hal ehwal personel dan perkhidmatan anggota
- Mengurus hal ehwal pentadbiran umum jabatan dan surat menyurat
- Mengulas sebutharga dan perolehan peralatan dan perkhidmatan
- Menyelenggara pengurusan stor jabatan dan pengagihan barang-barang ke Bahagian-bahagian dan Balai-Balai
- Menyelenggara urusan tatatertib anggota
- Mengawal peruntukan kewangan jabatan dan mengurus perbelanjaan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan
- Mengurus dan menyelenggara kutipan hasil jabatan mengikut garis panduan PIAGAM PELANGGAN
KOMITMEN KAMI ADALAH :
Untuk menentukan supaya pengurusan sumber manusia , kewangan dan teknologi maklumat diurus dengan mesra, adil, berkualiti, cekap dan berkesan.
Untuk menguruskan urusan pentadbiran am iaitu mengendalikan dan menyelaraskan hal-hal berkaitan dengan Perhubungan Awam, pengiriman dan penerimaan surat, pendaftaran fail, keselamatan dan kebersihan pejabat dan pengangkutan jabatan secara cemerlang.
Untuk menguruskan urusan perkhidmatan dan perjawatan iaitu yang berkaitan dengan pengurusan personel dan tenaga manusia secara efisien.
Untuk menyiapkan semua jenis baucer bayaran dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh menerima dokumen-dokumen yang lengkap.
Untuk memastikan urusan pembelian dan bekalan dilaksanakan mengikut peraturan dengan adil dan menepati masa



















