Video Bomba
Awam





Statistik Pelawat
Atas Talian : 3
Hari Ini : 72
Keseluruhan : 16487
Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

View Results

Loading ... Loading ...

MISI

Bahagian Penyiasatan Kebakaran komited untuk menjalankan penyiasatan kebakaran di sesuatu kejadian dengan profesional melalui pendekatan saintifik dan sistematik.

OBJEKTIF
1. Melaksanakan penyiasatan kebakaran secara saintifik dan sistematik dalam mengenalpasti sebab, punca dan hal kebakaran serta mengemukakan syor-syor langkah pencegahan   kebakaran dan penambahbaikan keberkesanan operasi pemadaman.

2.  Melaksanakan pendakwaan kebombaan secara berkesan yang mampu memberi pengajaran dan kesedaran keselamatan kebakaran (deterrent).

FUNGSI

CAWANGAN PENYIASATAN KEBAKARAN

  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pengambilmilik premis dan harta benda di bawah seksyen 46, Akta 341.
  • Menyediakan panduan pengumpulan sampel dan data-data sebagai bahan-bahan bukti.
  • Menyediakan panduan soal-siasat saksi berdasarkan seksyen 42 dan 43, Akta 341.
  • Mengkaji teknik-teknik sains forensik dalam penyiasatan kebakaran
  • Menjalankan penyiasatan kebakaran bagi kes kebakaran.

CAWANGAN PENDAKWAAN KEBOMBAAN

  • Melaksanakan dasar dan arahan pendakwaan yang berkesan
  • Menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 38, 39, 41 dan43 Akta 341
  • Menyediakan Kertas Siasatan.
  • Mendaftar kes ke mahkamah.
  • Membuat pendakwaan di bawah seksyen 44 – Akta 341
  • Menjalankan pengkompaunan kesalahan.

PIAGAM PELANGGAN

Komited kami adalah untuk memastikan semua laporan sisatan kebakaran dan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta 341 dilaksanakan dengan sistematik.

Dengan ini kami berjanji akan:

  • Mengeluarkan laporan siasatan kebakaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas siasatan kebakaran dimulakan.
  • Menyediakan kertas siasatan pelanggaran kesalahan berdasarkan Akta perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) dari tarikh aduan diterima.