Video Bomba
Awam





Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Tarikh            :         12 November  2011 ( Sabtu )

Tempat          :        Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh

Masa              :         09.00 malam

YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah membuat lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh . Ketibaan rombongan YAS Dato’ Wan Mohd Nor disambut oleh Pegawai dan anggota Balai Bomba Pasir Puteh.

Program ramah mesra ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anggota. Pendekatan ini dapat menyelesaikan masalah dan maklumat secara terus daripada anggota dan dapat diselesaikan dalam tempoh singkat. Langkah baru yang diperkenalkan ini merupakan satu pendekatan yang bijak untuk memantapkan pengurusan bagi menyelesaikan masalah secara bersama.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPjB Azmi bin Osman, Pengarah Negeri Kelantan. Dengan lawatan YAS Dato’ ke Balai Bomba Pasir Puteh telah menyuntik semangat wargakerja JBPM Negeri Kelantan amnya dan warga Bomba Pasir Puteh khasnya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan. YAS Dato’ Wan juga turut menguji kemahiran anggota bertugas dengan pengunaan  Air Lifting Bag.

Leave a Reply