Tarikh : 24 Januari 2012 ( Selasa )
Tempat : Surau Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa
Masa : 7.30 malam
Kelantan 24 Januari 2012. Majlis Solat Hajat Sempena Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah dilaksanakan di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa. Dalam majlis ini diadakan tahlil,bacaan yasin dan solat hajat memohon keberkatan agar anggota dan Jabatan dilindungi dari perkara yang tidak diingini berlaku. PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah dan pegawai kanan turut hadir dalam majlis tersebut.






















