Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB 17 Tuan Hj Zulkarnain bin Said anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubur telah meninggal dunia di Kediamnya di Kg Pak Pura Bachok Kelantan pada 6 November 2011 ( Ahad ) jam 10.00 pagi dipercayai penyakit jantung.
Jenazah telah dikebumikan pada hari yang sama di Kg Pak Pura Bachok Kelantan Jam 5.00 petang. Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.



















