Video Bomba
Awam





Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Kategori Aktiviti Kami

Tarikh:           21 April 2012 ( Sabtu )

Tempat:        Balai Bomba dan Penyelamat Bachok

Masa:             12.30 Tengahari

Kelantan, 21 April 2012. Bahagian Operasi Negeri telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pasukan Bomba Sukarela siri 1/2012 yang dikendalikan oleh penyelaras kursus PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar. Kursus ini melibatkan 7 Pasukan Bomba Sukarela dengan penyertaan 44 peserta. Kursus ini diadakan selama 2 hari di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok. YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut.

Tarikh:            20 April 2012 ( Jumaat )

Tempat:          Dewan Utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

Masa:             9.00 pagi hingga 9.00 malam

Kelantan, 20 April 2012. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan pertandingan badminton berpasukan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan terutamanya badminton. Penganjuran ini dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Anggota Bomba Negeri Kelantan. Penyelaras pertandingan PKPgB Azani bin Aziz.Keputusan pertandingan berpihak kepada Pasukan Gua Musang yang menjuari pertandingan ini, diikuti Naib Johan Pasukan Kota Bharu dan ketiga Pasukan Ibu Pejabat. Penyelaras pertandingan PKPgB Azani bin Aziz.

Tarikh:           5 April  2012 ( Ahad )

Tempat:        Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan

            Kelantan 5 April 2012. Pusat Gerakan Operasi Negeri Kelantan mula beroperasi di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Jalan Pasir Mas Salor pada 5 April 2012. Dimana sebelum ini PGO beroperasi di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Dengan kemudahan yang ada dan ruang yang luas memberi keselesaan kepada pegawai yang bertugas.

Tarikh:        8 April 2012 ( Ahad )

Tempat:     Bilik Mesyuarat Utama

Masa:          3.00 Petang

              Kelantan 8 April 2012. Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan mesyuarat untuk menyusun dan memantapkan lagi urusan berkaitan Bahagian Pengurusan. Encik Iberahin bin Yaacob, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan mempengerusikan mesyuarat ini dan dihadiri oleh 23 kakitangan gunasana.

Tarikh:           2 Januari 2012

Tempat:         Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.


                   Rantau Panjang 2 Januari 2012. Pengurusan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang yang diketuai oleh PBK I Hj. Ghani bin Mamat, telah mengadakan satu majlis kesyukuran dan solat hajat sempena menyambut tahun baharu 2012. Dengan kehadiran YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Pegawai – pegawai  kanan jabatan dan  kakitangan gunasama menyemarakkan lagi majlis . Seramai 40 orang Penuntut Thafiz dari pondok Ayah Ngah Rantau Panjang dijemput menghadiri majlis ini. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan Silratulrahim  dalam kalangan pegawai jabatan dan masyarakat.

Tarikh:        30 Mac 2012 ( Jumaat )

Tempat:     Kuarters Buluh Kubu Kota Bharu.

Masa:          9.30 hingga 11.30 malam

          Kelantan 30 Mac 2012. Kempen Keselamatan Kebakaran telah dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dengan kerjasama Bahagian Operasi Negeri Kelantan. PgB Shahrin Yusmar bin Hj Mat Yusof memberi ceramah kepada penghuni dan pengunjung-pengunjung pasar malam tentang bahaya dan langkah pencegahan kebakaran. Pendaftaran Teman Pili Bomba, pameran dan demonstrasi kebocoran hos gas turut diadakan. TPgB Mohd Sabri bin Ismail, Ketua Balai Kota Bharu dan Pegawai Perhubungan Awam turut hadir dalam kempen ini. Program ini seharusnya menjadi contoh kepada balai-balai lain untuk meningkatkan lagi aktiviti jabatan.

HARIAN METRO : 6 APRIL 2012 ( JUMAAT )

    UTUSAN MALAYSIA : 6 APRIL 2012 ( JUMAAT )

Tarikh:        2 April 2012

Masa:         2.30 Petang

Tempat:     Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

          Kelantan 2 April 2012. YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengunjungi YB Dato’ Dr Hj Zainuddin bin Hj Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam perjumpaan berkenaan turut hadir PgKB I Razali bin Aw. Mat Salleh dan PBK II Bazri bin Hj Abdul Rahman. Pertemuan tersebut bertujuan menjalin kerjasama dan penerangan berkaitan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

Tarikh:           31 Mac 2012 ( Sabtu )

Tempat:        Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan

Masa:             09.30 Pagi

            Kelantan 31 Mac 2012.  Perasmian PERISMA Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah, Puan Alida binti Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PERISMA Negeri Kelantan, Pengerusi – pengerusi PERISMA Daerah dan Ahli PERISMA Negeri Kelantan.

Tarikh:           25 Mac 2012 ( Ahad )

Tempat:        Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu

Masa:             08.30 Pagi

            Kelantan 25 Mac 2012. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan 2012 di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Dalam majlis tersebut PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menyampaikan surat pelantikan Ketua-ketua Balai, Surat Penghargaan kepada Pasukan Penyelamat Di Air sempena Ulang Tahun Ke -15 tahun. Turut disampaikan juga Sijil Teman Pili Bomba kepada pelajar Sek. Keb. Padang Garong ( 1 ), Muhamad Hamizan Fahmy bin Abdul Halim dan Sijil kepada Zoel Hamka Eqbal bin Zakaria, Pelajar Sek. Keb Kelar Pasir Mas diatas keberanian menyelamatkan adiknya semasa kebakaran rumahnya pada 6 Mac 2012.