Kategori Galeri
Tarikh: 21 April 2012 ( Sabtu )
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Bachok
Masa: 12.30 Tengahari
Kelantan, 21 April 2012. Bahagian Operasi Negeri telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pasukan Bomba Sukarela siri 1/2012 yang dikendalikan oleh penyelaras kursus PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar. Kursus ini melibatkan 7 Pasukan Bomba Sukarela dengan penyertaan 44 peserta. Kursus ini diadakan selama 2 hari di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok. YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut.
Tarikh: 20 April 2012 ( Jumaat )
Tempat: Dewan Utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Kelantan, 20 April 2012. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan pertandingan badminton berpasukan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan terutamanya badminton. Penganjuran ini dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Anggota Bomba Negeri Kelantan. Penyelaras pertandingan PKPgB Azani bin Aziz.Keputusan pertandingan berpihak kepada Pasukan Gua Musang yang menjuari pertandingan ini, diikuti Naib Johan Pasukan Kota Bharu dan ketiga Pasukan Ibu Pejabat. Penyelaras pertandingan PKPgB Azani bin Aziz.
Tarikh: 11 Januari 2012
Rantau Panjang 11 Januari 2012. Latihan seumpama ini adalah bertujuan untuk menambahkan ilmu kebombaan dan kemahiran dalam teknik pemadaman. Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang telah mewajibkan kepada semua anggota menjalani latihan ini. Selain itu bukan latihan ini sahaja perlu dikuasai tetapi semua kemahiran yang berkaitan dengan hal ehwal kebombaan semua anggota perlu mahir dan dapat menguasainya. Teknik pemadaman kebakaran adalah perkara yang amat penting yang perlu dikuasai oleh semua anggota di jabatan bomba. Sekiranya anggota tiada kemahiran dalam bidang ini maka sesuatu operasi kebakaran terutamanya kebakaran bangunan sudah pasti akan menemui kegagalan.
Tarikh: 5 April 2012 ( Ahad )
Tempat: Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
Kelantan 5 April 2012. Pusat Gerakan Operasi Negeri Kelantan mula beroperasi di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Jalan Pasir Mas Salor pada 5 April 2012. Dimana sebelum ini PGO beroperasi di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Dengan kemudahan yang ada dan ruang yang luas memberi keselesaan kepada pegawai yang bertugas.
Tarikh: 2 April 2012
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Kelantan 2 April 2012. YS PPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengunjungi YB Dato’ Dr Hj Zainuddin bin Hj Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam perjumpaan berkenaan turut hadir PgKB I Razali bin Aw. Mat Salleh dan PBK II Bazri bin Hj Abdul Rahman. Pertemuan tersebut bertujuan menjalin kerjasama dan penerangan berkaitan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
Tarikh: 31 Mac 2012 ( Sabtu )
Tempat: Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan
Masa: 09.30 Pagi
Kelantan 31 Mac 2012. Perasmian PERISMA Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah, Puan Alida binti Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PERISMA Negeri Kelantan, Pengerusi – pengerusi PERISMA Daerah dan Ahli PERISMA Negeri Kelantan.
Tarikh: 25 Mac 2012 ( Ahad )
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu
Masa: 08.30 Pagi
Kelantan 25 Mac 2012. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan 2012 di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Dalam majlis tersebut PPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menyampaikan surat pelantikan Ketua-ketua Balai, Surat Penghargaan kepada Pasukan Penyelamat Di Air sempena Ulang Tahun Ke -15 tahun. Turut disampaikan juga Sijil Teman Pili Bomba kepada pelajar Sek. Keb. Padang Garong ( 1 ), Muhamad Hamizan Fahmy bin Abdul Halim dan Sijil kepada Zoel Hamka Eqbal bin Zakaria, Pelajar Sek. Keb Kelar Pasir Mas diatas keberanian menyelamatkan adiknya semasa kebakaran rumahnya pada 6 Mac 2012.






























































