Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan
- Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.
- Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
- Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
- Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
- Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
- Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.
GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:
Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring.
Bukan daripada bahan mudah bakar.
Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.
- Lelakkan lilin di alas lempal yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.
- Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.
- Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.
- Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.
- Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin
- Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.
- Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan Iilin sebelum membuangnya.
PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK
- Berdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat pengendalian lilin yang tidak betul.
- Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena dengan sebarang bahan mudah bakar.
- Pastikan anda mengawasi Iilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
- Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api Iilin.
- Letakkan liIin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet yang berkunci
- Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.
- Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
- Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala.
- Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
- Padamkan semua lilin sebelum meeninggalkan bilik atau sebelum tidur.


















