| SEJARAHIBUPEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTANPerkhidmatan Bomba negeri Kelantan telah wujud dalam tiga puluh tahun iaitu peperangan dunia kedua ( sebelum Jepun menduduki Tanah melayu ) dibawah jagaan polis Negeri Kelantan dikota Bharu dengan dianggotai oleh pasukan Polis Kota Bharu serta dibantu oleh pasukan Bomba sukarela yang terdiri daripada beberapa orang pemuda yang tinggal disekitar Bandar kota Bharu dengan kelengkapan 1 buah Fire trailer pump dan lain lain alatan lagi.Pada 1 Januari 1947 dalam pemerintahan British Military Adminitration Kuala Lumpur telah menghantar 10 anggota Bomba yang dilatih di Johor Bharu dan Kuala lumpur bersekali dengan alatan kelengkapan iaitu 2 buah kereta Bomba daftar no T 41 dan T 947,1 buah trailer pump dan lain lain alatan lagi.Pasukan Bomba ini terdiri daripada 1 pegawai Bomba En Othman bin Hj Abdul Manan,sebagai ketua pasukan Bomba Kelantan,2 pemandu kereta Bomba dan 7 orang ahli Bomba ditempatkan di balai polis dan dibawah jagaan polis Kota Bharu.Pada 1 Januari 1950 kerajaan negeri telah memindahkan pasukan Bomba daripada Balai Polis kesebuah bangunan ditengah-tengah Bandar Kota Bharu.( sekarang tapaknya telah dibina bangunan Hotel Murni ) yang berhampiran dengan pejabat setiausaha kerajaan .Bangunan ini adalah bangunan sementara dan dibina daripada kayu yang mempunyai 3 buah bangunan yang bersambungan dintaranya.Dua daripadanya sebagai balai dan berek Bomba ,manakala sebuah lagi digunakan sebagai setor barang jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Perkhidmatan Bomba Negeri pada tarikh yang sama ( 1 Januari 1950 ) diletakkan dibawah jagaan Majlis Perbandaran (Town Board) Kota Bharu Yang Dipertuanya ialah Dato’ Amar Diraja ,Dato Mustafa Fadil.
Pada 1 Januari 1953 Kerajan Negeri telah meluluskan Peruntukan untuk membesarkan pasukan Bomba dengan menambah anggota menjadi seramai 21 orang yang terdiri daripada 2 pegawai Bomba 2ahli Bomba kanan 4 pemandu kereta Bomba 1mekanik Bomba dan 12 orang ahli Bomba yang dibawah pengawasan dan diketuai oleh pegawai Bomba yang sama iaitu En Othman Bin Hj abd Manan.sebagai State Fire Officer.dan seorang lagi pegawai Bomba ialah Encik Jaafar bin Hj Mohd Salleh sebagai penolongnya.
Pada tahun berikutnya antara 1954 dan 1955,kerajaan negeri telah memperkemaskan lagi kedudukan Perkhidmatan Bomba dengan menambah lagi.2 buah Kereta Bomba bertangki bersekali dengan alatan.
Pada tahun 1956 ,Pegawai Bomba En Othman Bin Hj Abd Manan.telah dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk memegang jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatan Bomba sebagai pemeriksa perkhidmatan Bomba persekutuan tanah melayu menggantikan “ Lt Col F.F.C Watkins” bangsa inggeris yang telah tamat perkhidmatannya.
Beliau adalah anak melayu Negeri Kelantan yang pertama memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan Bomba persekutuan Tanah Melayu/semenanjung Malaysia.Manakala tempat beliau telah diambil alih oleh En Jaafar Bin Hj Mohd Salleh.
Pada tahun 1956 ini juga.Kerajaan Negeri dengan usaha Majlis perbandaran Kota Bharu dan pegawai –pegawai Bomba berkenaaan telah Berjaya membina balai dan berek –berek Bomba dijalan Doktor,Kota Bharu.Bangunan ini terdiri daripada bangunan batu dengan mempunyai tiga ruangan Kereta Bomba ,bilik pengawas ( Watch Room ) ,bilik menunggu ( Standby Room ) dan 5 unit berek anggota Bomba.
Balai ini mula digunakan ataupun ditempatkan kereta kereta Bomba pada 31 Ogos 1957 ( hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ).Manakala Balai –balai Bomba ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhamad IV Al Sultan Kelantan pada 29 September 1957.Dan pada hari itu juga D.Y.M.M Al Sultan Kelantan menganugerahkan Bintang Kehormatan tertinggi kepada Tuan Lt Col F.F.C Watkins,Ketua pemeriksa Perkhidmatan Bomba Persekutuan Tanah Melayu dengan Bintang Ahli Kelantan.
Dan pada tahun 1957 Town Board dinaikkan taraf ke Majlis Bandaran ( Town Council ) Dengan Yang Dipertua yang sama sehingga tahun 1959 kerana bersara dari jawatannya.
Pada 1 Januari 1960 Perkhidmatn Bomba telah diambilalih oleh Kerajaan negeri
Daripada majlis bandaran (Town Council ) Kota Bharu dan diletakkan dibawah jagaan dan pengawasan Pegawai Bomba Negeri Kelantan.En Jaafar Bin Hj Mohd Salleh.
Pada 20 Mei 1975 En Jaafar Bin Hj Mohd Salleh telah meninggal dunia dan tempatnya telah diambil alih oleh YM Tengku Yahaya Bin Tengku Ahmad.Semasa pentadbiran beliau Y.M Tengku Yahaya telah membuat pengubahsuaian diamana 5 unit berek anggota Bomba telah dijadikan Ibupejabat Bomba negeri Kelantan ,dengan menempatkan pejabat pengarah Bomba Negeri dan pejabat Am.
Pada 1 Januari 1976 Kerajaan Kelantan telah menyerahkan Pentadbiran dan keseluruhan perkhidmatan Bomba Negeri kepada kerajaan pusat yang diletakkan dibawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan tempatan Malaysia.Dengan perpindahan Pentadbiran daripada kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat,maka dengan sendirinya kekuatan,kecekapan dan kemajuan Perkhidmatan Bomba Malaysia,Negeri Kelantan bertamabah dari masa ke semasa.
Pada Januari 1986 Tanah Seluas 0.877 hektar dimukim Padang Bongor,Daerah Panji Kota Bharu telah diambil milik .Diatas tapak tersebut telah dibina sebuah bangunan 4 tingkat yang menempatkan Balai Bomba Kota Bharu ( 3 petak ) dan Ibupejabat,jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Kelantan.Disamping itu sebuah kuarters kelas F4 tingkat ( 8 unit ) dan sebuah bengkel turut dibina.
Bangunan ini telah siap dibina pada 5 Jun 1991 serta telah diambil alih pada 9 Ogos 1991 dan mula diduduki pada 28 Ogos 1991
Manakala 2 blok kuarters kelas G 11 tingkat juga turut disediakan dan pembinaannya telah dimulakan pada 24 Mei 1995 dan dijangka siap pada 16 Januari 1997.
|