Video Bomba
Awam





Statistik Pelawat
Atas Talian : 2
Hari Ini : 71
Keseluruhan : 16486
Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Misi
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini

Visi
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia

Objektif
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM)
mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2000.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

1.Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

2.Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.

3.Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan 4.pengawalseliaan yang sempurna.

5.Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

6.Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.