Video Bomba
Awam





Statistik Pelawat
Atas Talian : 0
Hari Ini : 70
Keseluruhan : 16486
Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Assalamualaikum. dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada semua pelawat yang melayari laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan. Hasrat Jabatan ini menyebarkan maklumat kepada orang ramai telah dilakukan dengan pelbagai kaedah serta pendekatannya. Ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa tanpa ada perasaan jemu.

Pengujudan laman web Jabatan Bomba ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelanggan memperolehi berita dan maklumat secara lebih mudah, tepat dan segera. Cara ini menampakkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan merupakan sebuah organisasi yang CAKNA kepada masyarakat dalam penyebaran berita dan maklumatnya. Kaedah ini juga sejajar dengan visi dan misi jabatan dalam usaha memberi kepuasan pelanggan.

Melalui paparan maklumat terkini yang disediakan dalam laman web Jabatan ini, Pelawat akan memperolehi pelbagai maklumat berguna berhubung Jabatan ini yang diperlukan. Oleh yang demikian adalah diharapkan supaya Laman Web Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan sebagai pilihan utama dan sentiasa dikunjungi.

Sekian terima kasih

Azmi bin Osman.

Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Negeri Kelantan